Quran Apps in many lanuages:

Surah Al-Mursalat Ayahs #39 Translated in Malay

هَٰذَا يَوْمُ لَا يَنْطِقُونَ
Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan),
وَلَا يُؤْذَنُ لَهُمْ فَيَعْتَذِرُونَ
Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf.
وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)!
هَٰذَا يَوْمُ الْفَصْلِ ۖ جَمَعْنَاكُمْ وَالْأَوَّلِينَ
Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang yang terdahulu (dari kamu).
فَإِنْ كَانَ لَكُمْ كَيْدٌ فَكِيدُونِ
Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu.

Choose other languages: